Produk Murah| Harga Murah| Original| Borong Pukal Pemborong| Runcit| Testimoni dan Review Set

.

.
produk harga murah original testimoni online malaysia. Dikuasakan oleh Blogger.

Penting Sangat Ke Buat Itinerary Kalau Nak Pergi Melancong


Walau apa pun yang kita lakukan, perancangan awal mesti dilakukan. Ia sebagai salah satu langkah yang perlu diikuti, dalam melancarkan sesuatu perkara.

Begitulah yang sering kita lihat, apabila ada yang pergi 'travel', mereka pasti akan kongsikan 'itinerary' sepanjang percutian di satu-satu tempat.

Tapi, penting sangatkah 'itinerary' ini, kalau tidak buat, adakah akan menggagalkan 'travel' kita? Bagi menjawab persoalan tersebut, Puan Rozana Tumirin telah kongsikan akan kepentingan membuat 'itinerary' ini, lebih-lebih lagi jika tidak menggunakan khidmat 'travel agency'.

Jom kita baca perkongsian darinya.


APA PENTINGNYA ITINERARY APABILA NAK MELANCONG? 

(Khas untuk yang melancong sendiri tanpa menggunakan khidmat mana-mana travel agency).

Maksud itinerary tu adalah jadual perjalanan atau lebih tepat, jadual perjalanan seharian yang dibuat sepanjang perjalanan semasa melancong termasuklah tempat yang akan dilawati dan pengangkutan. Dalam banyak-dalam persiapan aku nak pergi travel, buat itinerary ni adalah salah satu benda wajib dan benda wajib yang memeningkan kepala aku. 

Ikut tak ikut tu belakang cerita. Tapi biasanya kalau aku dah penat2 buat, orang taknak ikut, mulalah aku rasa nak hangin satu badan. Ingat senang ke nak buat benda ni?

Aku dah pernah travel ke beberapa negara dan tak pernah menggunakan khidmat mana-mana travel agency semasa melancong termasuklah pembelian tiket kapal terbang, penginapan, kenderaan dan sebagainya kecuali permohonan visa. Kalau nak apply visa, aku akan bagi travel agency yang buat sebab kosnya jauh lebih murah berbanding kita buat sendiri. 

Sebagai seorang lepasan diploma in Tourism Management, aku malu la kalau pergi travel pakai travel agency. Dan aku jugak malu kalau pergi travel membabi buta je tanpa persiapan lepastu pum pang pum pang cakap tempat tu tak best.


Jadi, aku senaraikan 2 sebab utama kenapa itinerary ni sangat penting.

1. Jimat masa.

Benda pertama yang aku buat, aku akan search place of interest kat tempat nak pergi tu.

Contoh 1: Sewa kereta di Melbourne, Australia. Ada macam2 tempat menarik contohnya Twevle Apostles, Great Ocean Road, Philips Island dan sebagainya. Bila kau dah tau tempat2 tu dan ada idea kat mana tempat tu berada, kau dah boleh tahu berapa jauh, berapa jarak tempat tu antara satu sama lain. 

Jadi, kau dah boleh plan dan budget berapa hari nak sewa kereta, berapa lama boleh spend time dekat satu2 tempat tu. So, kalau boleh habiskan melawat Twevle Apostle dan kawasan sekitarnya dalam masa satu hari. Tak payah nak ulang alik banyak kali sebab kau tak tahu sebenarnya tempat2 tu semua dekat kawasan yang sama.

Contoh 2: Public transport (metro/subway) di Paris, Perancis. Bila dah tahu mana nak pergi, boleh terus naik train ke tempat yang nak pergi. Bila kita dah tau nak turun kat mana, nak tukar train kat mana, tak payah bazir duit naik teksi. Duit lebih tu boleh buat beli handbag. Hua hua hua. 

Contohnya nak pergi Eiffel Tower dari The Lourve. Naik Metro 1 di Palais Royale Musee de Lourve menghala ke La Defense dan turun di station Concorde. Di Concorde tukar Metro 8 menghala Balard dan turun di station La Motte-Picquet Grenelle, tukar ke Metro 6 menghala ke Charles de Gaulle-Etoile dan turun di station Bir-Hakiem. Dari Bir-Hakiem jalan kaki ke Eiffel Tower lebih kurang 9 minit.

2. Jimat kos

Kebanyakan tiket masuk sesuatu tempat lebih murah jika beli online. Jadinya kalau kita dah buat itinerary, kita dah tau mana kita nak pergi dan boleh beli tiket siap-siap. Takde lah dekat sana baru nak beli tiket pastu tak jadi pulak nak masuk tempat tu sebab tiket mahal.

Contoh 1: Place of interest. Madame Tussauds London dan Eiffel Tower Paris. Siap boleh pilih pukul berapa nak masuk. Jadi, pilihlah nak siang ke malam ke, murah, mahal semua ada.

Contoh 2: Pengangkutan. Tiket bas/train/!flight semestinya lebih murah kalau beli online dan beli awal. Terpulang pada preference korang nak cepat ke, nak murah atau main sebat je sebab dah last minute. 

Contohnya aku pergi London dari Paris naik bas sebab murah dan boleh jimat duit hotel satu malam (overnight bus). Tapi lepastu menyesal sebab lama gila, kena turun naik bas dekat border dan driver bas pun kerek nak mampus.

Contoh 3:
 Free tour. Google atau tanya hotel kat mana ada free tour. Aku pernah join free tour dekat Sydney, Paris dan Montmarte. Make sure ada tenaga dan boleh jalan jauh sebab diorang jalan laju. Memang berbaloi dan banyak sangat info kau akan dapat.

Aku sertakan contoh itinerary yang aku buat. Bersengkang mata macam nak exam, dik.










Kesimpulannya, kalau travel buatlah itinerary supaya tak bazir masa dan wang. Dah beli tiket mahal-mahal takkan nak jalan-jalan kosong je, ye dak? Sekarang ni bila dah ada anak, itinerary aku lebih santai sikit dan banyak free and easy but still, major attractions kena pergi. 

Lain kali aku sambung lagi pasal tempat penginapan pulak. Sama ada nak pilih hotel, hostel, guesthouse atau airbnb. Aku nak sambung tulis panjang-panjang pun Anggun dah bangun ni dia ajak tengok Didi & Friends pulak.
0 Komentar untuk "Penting Sangat Ke Buat Itinerary Kalau Nak Pergi Melancong"

Back To Top