Produk Murah| Harga Murah| Original| Borong Pukal Pemborong| Runcit| Testimoni dan Review Set

.

.
produk harga murah original testimoni online malaysia. Dikuasakan oleh Blogger.

Malaysia Julung Kali Hos Jambori Pengakap ASEAN Ke-5 2016

KUALA LUMPUR – Malaysia buat julung kali akan menjadi tuan rumah Jambori Pengakap ASEAN Kelima (ASJ 2016) di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail di Kuala Nerus, Terengganu dari 15 hingga 20 September ini.



Ketua Pengakap Negara, Tan Sri Dr. Shafie Mohd. Salleh berkata perhimpunan terbesar peringkat serantau ini akan menyaksikan penyertaan hampir 7,500 ahli termasuk dari India, Korea Selatan dan Maldives.

Selain mengeratkan hubungan mesra sesama ahli pengakap, jambori kali ini memberi tumpuan kepada permerkasaan dan penerapan nilai-nilai pembangunan kepimpinan digital dalam kalangan peserta peserta, seiring dengan kemajuan teknologi dan multimedia.

Beliau berkata di bawah aspirasi ini, peserta akan diberi kesedaran dan pengetahuan untuk meningkatkan literasi digital.


"Ini selaras dengan objektif untuk menggalakkan pengakap menjadi pengguna internet yang lebih bertanggungjawab dan bijak.

"Bagi tujuan itu, kami akan mengadakan program berkaitan untuk peserta ASJ 2016 seperti 'Klik Dengan Bijak' (KDB) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya dalam satu temu bual ketika melawatBernama di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Terengganu, Che Soh Muda; Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian dan Penguatkuasa SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin; Pengurus Besar Bernama, Datuk Zulkefli Salleh dan Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita Dalam Negeri), Datuk Mokhtar Hussain.

Sebanyak 12 sektor aktiviti telah dirancang sepanjang ASJ 2016, antaranya ialah 'Permainan Tradisi', 'Seni Muzik Tradisi', 'Perkampungan ASEAN', 'Forum Remaja', 'Aktiviti Lasak', 'Radio Amatur', 'Lawatan Lapangan' dan 'KDB'.

Shafie berkata semua program ini juga direka dengan tujuan untuk membangunkan modal insan dalam kalangan peserta Jambori untuk menjadi pemimpin masa depan yang berkendiri tinggi.

Sementara itu, Zulkarnain berkata empat program yang akan dianjurkan SKMM pada ASJ 2016 ialah 'KDB Talk', 'KDB Cyber Challenge' yang bertujuan membudayakan nilai-nilai pemimpin dan warga digital masa depan dalam sesi penerokaan.

Program 'KDB Innovation' pula akan mengaplikasikan elemen Internet of Thing (IoT) melalui sesi reka cipta robotik dan program 'KDB Syok' yang akan dibuat melalui format kuiz dalam talian pula akan diadakan bagi menguji tahap penerapan dan pembudayaan nilai-nilai pemimpin dan warga digital pintar.

Pada perhimpunan kali ini, satu mesyuarat Ketua-ketua Pengangkap ASEAN juga akan diadakan pada 17 September.

Timbalan Setiausaha Agung ASEAN (Komuniti dan Hal Ehwal Korporat), Dr. AKP Moachtan dan Pengerusi Pengakap ASEAN, Wendel Aviaso dijadualkan hadir pada ASJ 2016.

ASJ pertama diadakan di Filipina pada 1993, diikuti Indonesia (2008), Singapura (2010) dan Thailand pada 2013. – BERNAMA


0 Komentar untuk "Malaysia Julung Kali Hos Jambori Pengakap ASEAN Ke-5 2016"

Back To Top