Sebentar tadi telah berlangsung sesi memperkenalkan Presiden kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim yakni Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim.
Tunku Tun Aminah yang penuh dengan senyuman manis dalam titah baginda berjanji akan memastikan usaha keras oleh abang baginda, Tunku Mahkota Johor dalam memajukan pasukan JDT akan diteruskan dirinya.
Berikut titah penuh Tunku Tun Aminah;
"Saya telah menjadi saksi ke atas betapa banyaknya usaha dan kerja keras yang telah dilakukan oleh abang saya, DYAM TMJ sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk kelab JDT.
Saya dapat melihat bahawa ia bukan hanya mengenai sebuah pasukan tetapi lebih kepada pelbagai aspek untuk sebuah kelab. Bermula dari Akademi dan seterusnya kepada pasukan utama JDT, ini adalah sebuah kelab yang besar dan sebuah projek yang besar.
Semua orang dapat melihat kemajuan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, bukan sahaja kejayaan menjulang 6 trofi tetapi juga hasil kerjasama antarabangsa dan perkembangan insfrastruktur – seperti membaik pulih Stadium Larkin, Pusat Latihan Tertutup Dato Suleiman dan kemudahan latihan di Pasir Gudang.
Ianya merupakan satu penghormatan apabila diberikan peluang ini dan saya berjanji untuk lakukan yang terbaik bagi membantu abang saya dan semua orang yang terlibat di dalam kelab dengan apa sahaja cara yang saya mampu agar kita semua dapat menjadikan kelab ini lebih hebat secara berterusan."
YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim,
Presiden kelab bolasepak Johor Darul Ta'zim
0 Komentar untuk "Presiden Kelab Bola Sepak JDT Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim"